Telinga wanita koyak direntap
2010/05/14
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas koyak kedua-dua cuping telinganya akibat disamun ketika berjalan di Jalan Maarof berhampiran Dataran Maybank, Bangsar.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, suri rumah berusia 52 tahun itu tiba-tiba didatangi tiga lelaki menaiki sebuah kereta ketika berjalan seorang diri dan dua daripadanya keluar daripada kereta sebelum meluru untuk meragut beg tangannya.
Namun cubaan mereka gagal kerana mangsa memegang erat beg tangannya. Seorang daripada suspek menarik dua rantai milik warga emas itu iaitu rantai emas dan rantai perkahwinan.
Suspek turut merentap sepasang subang emas mangsa menyebabkan wanita itu cedera kedua-dua telinga.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata berdasarkan laporan dan maklumat mangsa sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields menahan dua daripada suspek terbabit.
Menurutnya, suspek ditahan ketika kedua-duanya berjalan di sekitar Bukit Jalil pada kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin.
“Kedua-dua suspek yang berusia 30 tahun dan 24 tahun itu penganggur serta memiliki rekod lampau berkaitan dadah.
“Suspek kemudian membawa polis ke Jalan San Peng bagi menunjukkan tempat mereka menyembunyikan kereta yang digunakan untuk menyamun mangsa. Pemeriksaan lanjut ke atas kereta berkenaan menjumpai peralatan memecah rumah dan samun,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, hasil soal siasat kedua-dua suspek kemudian menyerahkan dua rantai milik mangsa.
AMPANG: Cubaan seorang peragut mahu merampas kalung perkahwinan milik seorang wanita gagal apabila dia terjatuh dari motosikal sebelum diberkas polis di Pandan Indah.
Bagaimanapun, suami mangsa yang cuba menahan peragut terbabit terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera dibelasah lelaki berkenaan dengan topi keledar ketika mereka bergelut.
Lelaki terbabit mengekori mangsa dan suaminya yang ketika itu menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu dan dipercayai baru pulang dari tempat kerja.
Sebaik menghampiri motosikal mangsa, lelaki terbabit yang menunggang motosikal tiba-tiba merentap kalung dipakai mangsa.
Bagaimanapun, mangsa dan suaminya menarik baju lelaki terbabit membuatkan dia hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas dan terjatuh.
No comments:
Post a Comment